|
Wahai lelaki yang bakal memimpin gadis yang namanya tercatat di Luh Mahfuz untukmu
Friday, August 31, 2012 | 7:30 PM | 0 Waiting For The Moon
Wahai lelaki yang bakal memimpin gadis yang namanya telah tercatat di Luh Mahfuz untukmu...janganlah kamu terlalu idamkan dia sepertimana ciri2 idamanmu dan mengharapkan dia mampu mengabulkan mimpi-mimpi indahmu. jadilah seorang insan yang tidak mengharapkan kesempurnaan tetapi tanamlah dalam diri kamu sendiri keinginan untuk menjadi yang terbaik buat pasanganmu itu. janganlah kamu kecewa jika dia hanya gadis biasa yang tidak semahal kamu impikan kerana kekurangan atau perbuatan mase lalunya mahupun kininya. ingatlah,tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya kamu pegang dan sedari sbagai lelaki yang memegang amanah untuk menjaga dia yang berjanji untuk menjadi tulang belakangmu nanti biarpun dia tidak dapat mewujudkan mimpi-mimpi indahmu,janganlah kamu bersedih kerana sungguh aku tahu bukan niatnya untuk membuatmu hampa. dia hanya gadis biasa yang banyak berbuat silap dan mengharapkanmu untuk membimbingnya dan memberinya kekuatan. jika benar kamu seorang pemimpin,berusahalah mencantikkan apa yang masih kurang. sabarlah dgn amanahmu yg besar lagi berat,wahai pria bakal pemimpin ummah. kerana sungguh jihad itu pedih lagi menyakitkan. namun inshaAllah,pengakhirannya manis jika kamu berdua tahu tanggungjawab dan impian sebenar. oleh itu,janganlah kecantikan paras dan akhlak yang kamu terlalu harapkan. kerana sejujurnya dia takut dgn harapan tinggimu terhadapnya kerana dia tahu dia sebenarnye penuh dengan cacat cela. pernahkah kamu sedar akan hatinya yang resah memikirkan bahawa mampukah dia menjadi yang terbaik untukmu dan bagaimana penerimaanmu terhadap segala kekurangannya tiada henti dia berdoa agar Allah memberinye kekuatan dan memberimu kesabaran agar dia mampu menjadi yang lebih baik untukmu sehari demi sehari kerana dia tidak mahu melihatmu sedih malah mengharapkan suatu hari nnt kamu bahagia dan bangga mempunyai insan sepertinya sebagai peneman hidupmu. apa yang dia harapkan ialah kepimpinan dan kasih sayangmu dlm membimbingnya dan keluarga dgn lembut dan buktikanlah bahawa kamu mampu menjadikan pasanganmu itu seorang insan yang cukup mahal dan indah setelah dia menjadi milikmu. jadikanlah dia wanita yang dicemburui oleh bidadari-bidadari lain di Syurga nanti kerana keberkesananmu memimpinnya setelah dia bergelar milikmu. inilah isi hati sebenar mana2 gadis yang namanya telah tercatat di Luh Mahfuz untukmu. sungguh diri kami bersembunyikan 1001 kekurangan dan kelemahan.bukan kesempurnaanmu yang kami harapkan darimu. kami tahu dirimu juga penuh kekurangan. cukuplah kamu cuba mnjadi pemimpin yg baik buat kami dan keluarga yang tahu tanggungjawab dan cuba menggalasnya dgn sebaik mungkin. kita dua hati yang berbeza. kami juga berharap dpt mnjd yg trbaik utkmu. namun jgnlh mimpi-mimpimu memberi beban yg tidak tertanggung kepada kami. jadilah kekuatan kami dan buktikanlah kepimpinan dan cintamu dalam pada kita sama2 mengejar cintaNya dn mencipta kebahagiaan di dunia dan di akhirat sane,inshaAllah ameen. ..^_^.. |