|
rahsie hari lahir :D
Thursday, April 28, 2011 | 9:37 PM | 0 Waiting For The Moon
sblm tu! stopkan dulu music playlist kt tepi nih. meh kite lyn lagu len skali kt blog nih ^_^ huhu.ok,sume content di bawah diambil dr sini wanita sihat <3 ^_^ klik utk tips kecantikan wanita (sya tolong promote utk kakop kawan huhu) ok,oleh sbb sya bkn wanita,sya lbh tertarik dgn perkare2 sebegini kerane ia mmg merangsang daye imaginasi sya :D mwahaha! oit! jgn pikir lain! juz bezekan org yg lahir pade hari tersebot dgn ciri2 yg dinyatakn =,= terdapat gak isi2 yg sya delete sbb sya rase cam x sesuai utk awok2 yg sebaye dgn sya. p kalau de gak yg menyangkal n ase 'alah ilek r. bkn nape pom' meh sini cek nk habaq kt hang terang2 no WE ARE UNDERAGE!!! respect that ^_^ tambahan pesanan dr entry sebenar:Ingat tau, maklumat tentang pewartakan dan tabiat ini hanyalah untuk pengetahuan dan sekadar suka-suka saja. Hee. Kalau kebetulan tu jangan percaya 100% tau. baik btol kak ni :) sblm tu! jangan pikir baby dlm gambar tu bersikap demikian. x3. mereke x berdose. sya ltk semate2 sbb mereke terlalu comel!!! :D ISNIN (me! me! me! ^_^) Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. SELASA Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara. RABU Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. KHAMIS Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. JUMAAT Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. SABTU Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami AHAD Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk-nunjuk diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka.Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. hah fikir3 :D ok itu saje dr ana syakirah for today. assalamualaikum ^_^ jgn lupe jenguk sini ok :) |