|
tolong ingatkan aku dan dia ^_^
Sunday, February 20, 2011 | 2:30 AM | 0 Waiting For The Moon
Ya Allah,Ya Tuhanku telah hadir seorg insan yg mengetuk pintu hati ini, sekiranya dia yg telah Engkau tetapkan utkku, maka permudahkanlah urusanku, permudahkanlah urusan dia, dan permudahkanlah urusan kami berdua Ya Allah,Ya Rahman Ya Allah,Ya Rahim lindungilah imanku,Ya Allah lindungilah iman dia,Ya Allah, dan lindungilah iman kami berdua sepanjang hubungan ini. Amin Ya Rabbal Alamin... tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya. tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya. tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnye alpa. tolong nasihati si dia, jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa. tolong nasihati si dia, jgn mengingatiku lbh dr dia mengingati yang Maha Kuasa. tolong nasihati si dia, jgn mendoakanku lbh dr dia mendoakan ibu bapanya. tolong katakan pada si dia dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga tolong katakan pada si dia dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya tolong ingatkan si dia aku terpikat kerana imannye bukan rupa tolong ingatkan si dia aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta tolong ingatkan di dia aku kasihinya kerana santunnya tolong tergur si dia apabila dia mula mengagungkan cinta manusia tolong tegur si dia apabila dia tenggelam dalam angan-angannya tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya tolong sedarkan si dia bahawa aku milik Yang Maha Esa tolong sedarkan dia aku masih milik keluarga tolong sedarkan dia tanggungjwbnya besar pd keluarga tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta tolong sabarkan si dia bila jarak menjd penyebab bertambah rindunya tolong pesan padanya aku tidak mahu mnjd fitnah besar kepadanya tolong pesan padanya aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya tolong pesan padanya aku biarkan yang Maha Esa mnjaga dirinya tolong khabarkan pada si dia aku tidak mahu melekakan dia tolong khabarkan pada si dia aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita2nya tolong khabarkan pada si dia jadilah penyokong kejayaanku tolong sampaikan pada si dia aku mendambakan cinta suci yg terjaga tolong sampaikan pada si dia cinta kerana Allah tidak ternilai harganya tolong sampaikan pada si dia hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa tolong sampaikan kpd si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri cinta... lahirnya dari dua hati... hadirnya tanpa dipaksa... cinta, karya indah Sang Pencipta, dimulakan di syurga, sirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa, lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa, dgn kadar yg berbeza, cinta sebenarnya tidak buta, cinta adalah sesuatu yg murni,luhur dan diperlukan, yang buta itu adalah apabila cinta menguasai dirimu tanpa pertimbangan, cinta,menyintai atau dicintai itu adalah lumrah sifat kejadian manusia, hak utk bercinta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri, pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama,pasti hasilnya diberkati, dan jika berlandaskan nafsu,pasti akan terhumban ke lembah kehinaan. Ya Allah,jika aku jatuh cinta cintakanlah aku, pada seseorang yg melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku unttuk menyintaiMu. Ya mMuhaimin,jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati, seseorg yg hatinya bertaut padaMu. agar tidak terjatuh aku ke dlm jurang cinta nafsu. Ya Rabbana,jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya, agar tidak berpaling drpd hatiMu. jangan tertarik kpd seseorg kerana parasnya, kerana keelokan paras dapat menyesatkan. jgn pula tertarik kpd seseorg krane hartenye, kerana kekayaan akan musnah. tertariklah kpd seseorg yg dpt membuatmu senyum, krane hanye senyuman, yg dpt membuatmu hari2 yg gelap menjd cerah :) |